Harta sekecil nilainya, ianya tetap ada hak faraid. - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Harta sekecil nilainya, ianya tetap ada hak faraid.


Dalam pembahagian harta pusaka perlu dibuat senarai lengkap harta-harta si mati dari serendah nilai harta hinggalah setinggi nilai.

Biasanya kesilapan yang dilakukan adalah hanya ambil kira harta yang bernilai tinggi seperti rumah, tanah, kenderaan, saham dan sebagainya dan mengabaikan harta-harta yang bernilai kecil..

Contoh seorang lelaki meninggal dunia meninggalkan jam tangan, kain baju (yang masih boleh digunakan), kasut, handphone, komputer, basikal dll. Kalau perempuan lagi lah banyak. Macam-macam benda boleh ambil, terutama sekali barang kemas si mati. 

Bukanlah nak mengajar orang supaya berkira (calculative) tetapi ianya melibatkan HAK. Kena faham apa itu harta batil jika kita ambil yang bukan hak kita. 

Bagi harta yang kecil nilai perlu diselesaikan secara muafakat. Nak bahagi ikut faraid sebuah basikal mungkin tak praktikal. Saling tolak menolak, redha meredhai dan izin mengizinkan. Tidak boleh seorang waris sebagai contoh mengambil seutas jam tangan simati tanpa mendapat keizinan dan pelepasan waris yang lain. Walaupun ianya bernilai 1 sen sahaja. 

Jangan menganggap "diorang OK kot.. dok guna diorang tak kata apa pun!!". 

Ini harta kecil, bagi harta yang nilai tinggi lagi la bermasalah.

Syaitan akan sentiasa mencucuk jarum permusuhan dikalangan ahli waris agar bergaduh sesama sendiri . Maka silaturrahim dikalangan waris yg wajib dipertahankan akan terlerai. Syaitan akan menempa kejayaan jika ini berlaku.

Wallahualam.
Back To Top