REALITI PENAMA KWSP
Rekod KWSP menunjukkan masih ramai pencarum yang tak mengemaskini 'Penama' waris kepada yang terkini.
Selalunya meletakkan nama waris ibu atau bapa ketika mula bekerja diawalnya sehingga telah beranak pinak.
Ada juga yang langsung tak letak maklumat waris.
Juga elakkan letak anak-anak bawak umur sebagai penama sebab ianya bakal diurus oleh ARB by default dan akan melibatkan extra caj.
Bila kita tak faham nanti kita mula salahkan ARB ke atas caj yang dikenakan.
Ada pewaris lama kepada adik-beradik, setelah meninggal susahnya hendak memujuk adik-beradik yang diwariskan wang tersebut supaya diberikan sedikit ehsan kepada balu dan anak arwah..!!
Jadi rajin-rajinlah kemaskini 'Penama' KWSP kita.
“Tiada orang yang sayangkan seseorang itu kemudian tinggalkan orang yang disayang dalam keadaan susah & menderita. Rancang kerana sayang.”
#wasiat #hibah #hartasepencarian #penama #kwsp #takaful
#uruspusaka