Sumber pendapatan seseorang pada amnya boleh dibahagikan kepada dua. Atau tidak salah saya katakan mempunyai dua langkah.
Langkah pertama adalah, "work for money". Inilah langkah asas untuk memperoleh wang sebelum kita menggembangkan pendapatan kita. Sumber pendapatan ini adalah samada melalui gaji, royalti, keuntungan atau meminta sedekah. Langkah ini memerlukan kita untuk berkerja.
Lain pula dengan langkah kedua, iaitu "money work for us". Ramai yang terlepas pandang bahawa melalui duit juga seseorang boleh menambah pendapatanya. Contohnya, anda mempunyai duit lalu membeli rumah, kemudian anda sewakanya kepada orang lain, dan anda akan dapat pendapatan daripada duit sewaan tersebut. Seorang yang bijak menguruskan kewangan tidak akan membiarkan duitnya habis dibelanja sahaja. Tetapi, memikirkan bagaimana duit hasil pendapatanya bertambah dahulu sebelum dibelanjakan.
Mengikut kajian, nisbah ideal untuk perlaburan dan perbelanjan adalah seperti berikut:
1) 10% untuk perlaburan jangka masa panjang.
2) 20%-40% perlaburan jangka masa pendek.
3) 50%-70% untuk perbelanjaan.
Banyak faedah jika anda melabur sambil menyimpan. Antara kegunaan perlabuaran;
1) Perlaburan jangka masa pendek - Untuk melancong, deposit rumah, deposit kereta, renovate rumah, membeli barang idaman dll.
2) Perlaburan jangka masa panjang - Untuk simpanan hari tua.
Tapi bagaimana pula simpanan untuk bil hospital? Semua akan setuju jika saya katakan tiada seorang pun yang akan menyimpan semata-mata untuk membayar bil hospital. Adakah anda mampu jika bil hospital anda adalah RM2,000? Bagaimana pula sekiranya bil hospital anda RM10,000? Bagaimana pula RM70,000? RM450,000?
Di Prudential BSN Takaful kami ada dana yang dapat membantu anda sekiranya ini berlaku kepada anda. Sekiranya anda menyimpan dengan kami, anda bukan sahaja menyimpan, tapi anda, saya dan ramai lagi akan membentuk sebuah dana yang akan membantu kita sesama insan. Anda tak perlu keluar TV untuk meminta simpati kepada orang ramai, tapi biarkan kami yang uruskannya.
Merancang sekarang adalah lebih baik daripada merancang di kemudian hari.