Apa lagi yang anda FIKIRKAN? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Apa lagi yang anda FIKIRKAN?


Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, dia memberi alasan, "Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi". Minggu depan apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, "Takaful? Saya belum terfikir lagi untuk beli takaful".

Mungkin anda tersilap sebegini kerana anda menyangka anda belum perlukan takaful. Mungkin anda sangka, diri anda kebal dan apa yang telah berlaku keatas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, takaful hayat itu hanya boleh di beli selagi anda masih sihat 100 peratus. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat takaful yang akan menerima anda lagi.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan takaful atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat ke-4 (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan 'kemoterapi', kosnya RM9,000?

Jika dalam seminggu, anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan lebih RM180,000. Itu baru kos rawatan 'kemoterapi', untuk sebulan.

Jika semalam anda ditakdirkan mengalami nasib yang serupa, apakah jalan penyelesaian yang anda ada?

1) Menggunakan simpanan sendiri?
- Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sendiri? Cukupkah simpanan anda itu?
- Mampukah anda menyimpan RM750 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata
untuk mengumpul tabung RM180,000 itu? Bolehkahn anda menunggu sebegitu lama?

2) Menjual harta benda?
- Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual
dengan cepat?
- Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada
harga yang murah.
- Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak
anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

3) Memohon pinjaman?
- Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika anda sudah sakit kritikal dan tidak lagi
berupaya untuk berkerja?
- Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak
kepada anda, tanpa banyak soal?
- Siapa sanggup tanggung pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

4) Meminta derma?
- Adakah badan kebajikan mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau
karenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu sebegitu lama, untuk melakukan kutipan
derma sebanyak itu?
- Adakah orang akan menderma kepada anda, sedangkan semasa anda sihat, anda sendiri
enggan menderma untuk membantu orang lain?

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, ramai orang yang masih ingin berfikir panjang untuk membeli takaful.

KESIMPULAN

Jika anda mahukan jalan penyelesaian yang mudah, murah, cepat, selamat dan terjamin, tanpa perlu menjual harta benda atau meminta derma, carilah Penasihat Insurans/Takaful sekarang juga.

Lindungilah diri anda. Siapa yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri kalau bukan diri sendiri

Dapatkan 'Quotation' Percuma Sekarang!!

Back To Top