Membuat Penamaan? Apa Yang Boleh & Apa Yang Tidak Boleh? (Mesti Baca!!)
Soalan :
Bolehkah saya meletakkan anak anak yang masih dibawah umur dalam penamaan pampasan takaful saya? Jika boleh bagaimana caranya bayaran dibuat kepada anak jika anak masih dibawah umur ketika tuntutan kematian tersebut.
Jawapan :Penamaan takaful terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama ialah Wasi, anda tidak boleh melantik sesiapa yang dibawah umur 18 tahun untuk menjadi Wasi sebagai pemegang amanah bagi pihak pampasan takaful anda. Pemegang amanah ini akan menjadi orang yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang peninggalan mengikut kiraan faraid.
Jenis penamaan hibah bersyarat boleh diletakkan atas nama anak-anak dibawah umur 18tahun, namun jika kematian orang yang dilindungi berlaku sebelum penama mencapai umur 18tahun, selepas proses tuntutan diluluskan, nilai pampasan itu akan diserahkan pada Amanah Raya sebagai pemegang amanah.
Pihak takaful akan mengeluarkan satu surat rujukan yang anak tersebut boleh pergi menuntut di Amanah Raya apabila sudah cukup umur.
Jika penamaan dibuat mengikut peratusan, prosedur pembayaran juga akan mengikut peratusan yang ditetapkan oleh peserta. Contoh, jika penamaan secara hibah dibuat 50% untuk isteri dan 50% lagi untuk anak bawah umur. Si isteri akan mendapat bahagiannya sahaja dulu dan bahagian anak akan diserahkan pada Amanah Raya sehingga anak berumur 18 tahun maka barulah pembayaran dijelaskan.
Baca: Penama Insurans Takaful: Jangan Letak Nama Anak!