Isteri bukan penjaga harta anak-anak bawah umur |
Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus?
Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,
"bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi."
Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur.
Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.
"SUAMI, LANTIKLAH ISTERI sebagai penjaga harta anak-anak dalam WASIAT"
Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur.
Enakmen undang-undang keluarga Islam |
Rujuk Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa
"Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui
wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung
dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung
dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka."Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil.
Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepas kematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akan diserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegang amanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukup umur.
Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yang telah anda usahakan selama hayat anda.