7 Sebab Utama Harta Pusaka Dibekukan Yang Patut Anda Ambil Tahu. - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

7 Sebab Utama Harta Pusaka Dibekukan Yang Patut Anda Ambil Tahu.

60 billion
Harta terbeku hampir RM60 Billion

"SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA DIBEKUKAN"

Ada antara kita tertanya-tanya. Betulkah ada harta pusaka yang dibekukan. Kenapa pula harta pusaka itu boleh dibekukan?

Jom kita sama-sama berkongsi "SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA DIBEKUKAN".

1. Waris-waris tidak dimaklumkan tentang proses tuntutan pusaka.

Waris ini tidak tahu dan tidak ambil tahu ke mana mereka perlu pergi untuk membuat tuntutan harta pusaka tersebut. Secara kebiasaanya, waris hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku dan telah lama berlaku hingga kematian berperingkat.

2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi.

Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000.
Jadi disebabkan kos yang tinggi ini,ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini.
Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.

3. Tiada kesepakatan dan muafakat antara waris.

Sekiranya semua waris yang terlibat bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Tetapi, keadaan akan menjadi parah bilamana waris saling bertikam lidah dan berkelahi semasa waris bagi merebut harta pusaka itu.

4. Tidak mempunyai masa.

Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi.
Jadi untuk ke satu-satu tempat,perlukan masa yang lama. Itu belum dikira jika ada kesalahan dokumen atau dokumen tidak lengkap. Tambahan pula, ada dikalngan waris tinggal jauh. Lagi menyukarkan proses tersebut.

5. Tidak mengetahui hukum faraid

Ilmu faraid sangat penting didalam pengurusan harta pusaka. Walaupun ilmu ini tidak pernah diajar secara terperinci semasa di sekolah mahupun di peringkat universiti. Akan tetapi perlulah kita mengambil tahu tentangnya walaupun sedikit agar kita tidak memakan harta yang bukan hak milik kita.

6. Aset sekangkang kera

Terlalu banyak kes yang berlaku apabila simati meninggalkan aset yang sedikit. Waris terus tidak mengendahkan. Membiarkan begitu sahaja. Sepatutnya, apa yang perlu dilakukan ialah. Membuat tuntutan dan menjual aset berkenaan. Jika tidak mahu mengambil hasil jualan, dermakan kepada yang memerlukan.

7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama

Sebab paling utama ialah tidak ada kesepakatan dan muafakat antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu.
Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain.

Kesimpulannya, buatlah perancangan harta anda dengan baik semasa anda hidup. Supaya tidak menjadi pergaduhan atau perbalahan kepada waris anda pada masa akan datang.
Back To Top