Hibah Takaful Di Sebalik Kekurangan dan Kelebihannya. - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Hibah Takaful Di Sebalik Kekurangan dan Kelebihannya.

hibah takaful
Kelebihan Hibah Takaful

HIBAH TAKAFUL: PRO & CON

Apa itu Takaful Trust dan kenapa ia lebih baik dari hibah takaful?

Pengenalan apa itu takaful?

Sebelum itu, apa itu hibah takaful?

Ia plan takaful yang mengunakan pengagihan secara HIBAH, maknanya duit pampasan yang akan dapat waktu meninggal akan diberikan 100% mengikut kehendak si mati

Apa kelebihan takaful yang menggunakan agihan HIBAH ini?

1.Duit boleh diperolehi dalam 7-30 hari ( bergantung kepada kes) sahaja tanpa melalui proses perolehan kuasa harta pusaka yang mengambil masa 3 bulan- 20 tahun. Cepat kan?

2.Duit takaful boleh digunakan sebagai duit survival untuk waris teruskan hidup secara biasa walaupun tanpa kita.

Bayangkan arwah meninggal aset bernilai 3 juta rumah, dan 1 juta duit dalam bank. Semua ini mengambil masa untuk diuruskan. Waktu menunggu duit ini? Mana waris nak dapat duit?

Di sinilah penting instrumen takaful dalam membantu keluarga kita yang baru kehilangan orang utama iaitu sumber pendapatan keluarga.

Setiap mereka yang bergaji, yang menampung keluarga mereka. WAJIB ambil takaful. Kalau anda tiada? Dengan duit siapa nak beli nasi dan lauk pauk? Siapa ingin bayar sewa rumah dan bayar kereta?

3.Agihan duit takaful tidak mengikut pergagihan faraid. Ia mengikut kehendak kita berdasarkan akad HIBAH.

Duit takaful tidak diagihkan ikut faraid kerana akad takaful mengunakan akad Hibah Ruqba. Mudah bahasa, ia bukan harta pusaka dan tak perlu diagih ikut faraid. Jadi jika anda tergolong dalam 12 golongan yang perlu membuat perancangan hibah. Takaful ialah instrumen yang sangat baik untuk bagi aset cair kepada waris anda apabila anda sudah tiada.

Kebanyakan orang tinggalkan tanah, tinggal rumah. Ia amat sukar untuk dicairkan. Ya betul waris sudah ada tempat tinggal selepas kita tiada. Tapi alangkah lebih baik anda berikan aset cair iaitu wang tunai untuk mereka teruskan kehidupan.

Namun, takaful yang menggunakan akad hibah ada kelompongannya. Ya betul.

Ada kekurangannya

Ya, Apa kekurangan Takaful yang mengunakan Hibah sebagai penama

Saya senaraikan di bawah.

Dalam kes kematian

1.Waris dapat sedepuk duit RM1,000,000. Anda rasa duit ini berapa lama dapat bertahan jika waris anda dapat?

Bayangkan anak atau pasangan anda boros orangnya? Barangkali habis dalam masa setahun saja.

Saya ada dapat satu kes, Waris dapat RM1,000,000. Habis dalam masa setahun saja! Ya. Setahun.

Sebab apa? Beli rumah cash RM700,000 dengan melancong dalam RM300,000.

Sedangkan duit itu sepatutnya digunakan dalam jangka masa panjang.

2.Waris tidak bayar hutang arwah kerana duit itu akad HIBAH, bagaimana anda nak suruh orang bayar hutang anda dengan hadiah yang anda berikan kepada dia? Pelik kan?

Jadi jika ada agen takaful ambillah takaful untuk bayar hutang arwah. Sebenarnya waris berhak untuk tidak membayarnya. Sebab memang hak beliau 100%.

3.Jika penerima duit hibah bawah 18 tahun. Duit itu tidak boleh dikeluarkan atau akan diberikan kepada penjaga harta. Bagaimana anak anda nak survive jika tiada duit yang boleh diambil kerana semua beku.

Ini permasalahan yang berlaku jika takaful menggunakan akad hibah.

Bagaimana pula dalam kes cacat kekal? Apa masalah utama untuk kes total permanent disability. Syarikat takaful akan bayar duit pampasan ke pemegang polisi sendiri. Tapi pemegang polisi sudah tidak mampu bergerak dengan sendiri, mampu dia mengurus duit yang beliau dapat dari syarikat untuk kegunaan diri beliau.

Bagaimana pemegang polisi dapat menjamin yang waris beliau tidak salah guna duit ini?

Anda faham sekarang permasalahan yang berlaku dalam isu takaful menggunakan penama Hibah?

Sekarang apa solusinya?

Buat Takaful Trust.

Pri-TI - Amanah Takaful

Apa itu takaful trust atau amanah takaful?

Kita ambil polisi takaful seperti biasa, tetapi penama di buat absolute assigment kepada syarikat Trustee.

Kita boleh berikan arahan siap siap bagaimana duit kita akan diagihkan jika dalam kes kita meninggal/cacat kekal.

Bayangkan saja syarikat Trustee ini umpama Personal Assistant kita, dia ikut saja arahan kita.

Kenapa kita guna Trustee? Sebab syarikat trustee tidak boleh tutup, jika tutup sekalipun, semua kepentingan anda akan diserap ke trustee baru. Dan mereka akan ikut 100% arahan anda kerana jika mereka tak ikut. Anda boleh saman mereka hingga ke 10 juta. Ya. Itu sebab lebih baik guna khidmatan trustee berbanding lawyer firm yang lain.

Apabila berlaku kematian/cacat kekal, syarikat takaful akan membayar pampasan kepada syarikat trustee ( contoh RHB Trustee, Salihin Trustee) mengikut arahan KITA.

Ya, biasanya apa yang mereka buat arahan ialah:

a) Contoh pampasan RM2,00,000. Mereka bagi arahan jika mereka mati nanti, duit ini dilaburkan terlebih dahulu.

b) Jika return 4%. Sudah ada RM80,000 setahun dari dividen betul?

c) Duit ini akan diagihkan ikut peratusan. 20% pertama untuk semua anak anak dan cucunya ada polisi takafu bernilai RM1 juta juga. 20% seterusnya diberikan untuk perbelanjaan keluarga. 20% seterusnya wakaf ke masjid. 20% seterusnya diagihkan ke anak yatim.

d) Anda boleh custom made sendiri peratusan dan organisasi mana anda ingin berikan. Saya ada kes seorang dr nak wakafkan semua pampasan RM5 juta sepenuhnya kepada Pusat Tahfiz Sains beliau. MasyaAllah

e) Dan perkara ini akan berterusan sehingga ke 3-4 generasi! Ya maksimum 80 tahun

Cantik bukan susunan ini?

Bayangkan pahala anda sentiasa di gandakan, compounding di kubur nanti. Seperti mana ghairah kita seronok melihat dividen ASB, TH, mahupun unit Amanah. Inilah pelaburan yang jauh lebih penting, amat penting. Kerana menentukan tempat tinggal kita selama lamannya

Begitu juga dalam kes TPD

Anda boleh bagi arahan

Duit dari TPD ini, Kita pecahkan. 30% berikan lumpsum kepada kita. 70% dilaburkan dan kita gunakan duit dari dividen sahaja

Itulah takaful trust (Amanah Takaful)

Sekarang anda ada polisi takaful RM500,000 ke atas?

Anda layak untuk buat takaful trust ini.

Kos berapa? Lumpsum sahaja RM1500-RM3000. Bergantung kepada jumlah polisi.

Namun ada caj pengurusan selepas dapat duit dari syarikat takaful. Dalam 0.5% -1% setahun oleh syarikat Trustee.

Saya rasa amat berbaloi bagi semua yang ingin plan akhirat mereka. Mereka yang Ingin membina a BILLION INVESTMENT PORTFOLIO di sana.

Baca artikel seterusnya berkenaan Pri-TI (Dokumen Amanah Takaful)
Back To Top