RUMAH DUA NAMA BUKAN HARTA SEPENCARIAN - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

RUMAH DUA NAMA BUKAN HARTA SEPENCARIAN

harta sepencarian atau pusaka?
Harta sepencarian atau pusaka?

Anggapan mengenai pembelian rumah 2 nama (suami & isteri) dikira sebagai Harta Sepencarian adalah SALAH sama sekali ! 

Aset yang didaftarkan atas 2 orang pemilik bermaksud setiap satu pihak mempunyai 50% sahaja pemilikan daripada aset tersebut. 

Harta hanya boleh dikira sebagai Harta Sepencarian melalui pengisytiharan waktu hidup @ tuntutan di Mahkamah Syariah sahaja, bukan automatik milik pasangan.

Permasalahan yang kerap berlaku :

📍Pasangan boleh hilang tempat berlindung apabila berlaku kematian salah satu pihak dan bahagian 50% perlu diagih mengikut hukum Faraid.

📍Harta masih dalam pinjaman, berlaku kesukaran pindahmilik harta apabila takaful/insurans hanya melindungi 50% bahagian si mati sahaja, dan harta hanya boleh dipindahmilik setelah harta 100% bebas tangunggan hutang.

📍Lebih memilukan apabila pinjaman dilakukan oleh satu pihak sahaja, dan kematian berlaku ke atas pihak yang bukan peminjam. Takaful/insurans tidak melindungi bahagian tersebut dan pindahmilik tidak akan boleh dilakukan sehingga hutang dilangsaikan.

Rancang harta anda dan lindungi yang tersayang. Anda penentu masa depan mereka. Wariskan kesenangan, bukan bebanan !!!
 

Back To Top