Waris jahil punca harta pusaka tidak dapat diselesaikan |
"BATU API", WARIS JAHIL PUNCA PEREBUTAN PUSAKA
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.
Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri
paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak
kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak
tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai
dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari
nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang
dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki. Tanggungjawab
anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila
agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi
padanya ditinggal.
Mari kita
berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.
1. Semasa
hidup simati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur
belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja bagus-bagus dan berpangkat tinggi.
2. Rezeki
anak-anak simati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama
kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak
kesampaian (meninggal dulu).
3.
Simpanan simati ada RM10k dalam akaun bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Simati
selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana,
ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah).
Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan anak-anak tersayang.
5.
Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung)..simati
meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.
6.
Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati
telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati
tiada anak lelaki, oleh itu harta-harta simati akan dapat juga pada adik beradiknya.
8. Tak
sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang ke rumah,
siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu
simati dan adik beradik simati.
8. Hukum
faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu
yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas dalil-dalil bab pembahagian faraid.
9. Paling
memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai
pasaran. Kemudian mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah
tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau
keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut
akan dibahagikan ikut hukum.
10. Nak
cari mana 150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut dan rumah pun dijual,
dapatlah bahagian sibalu dan anak-anak dengan jumlah yang sibalu dapat dan anak-anak simati
dapat mustahil dapat cari rumah baru.
Bermula
lah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan
sibalu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit
simpanan/tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati untuk tidak
menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.
Walaupun
berhak pada harta simati tapi kena tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul
jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri..ya tak berdosa
ambil harta yg sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan
tanggungjawab nafkah pada anak-anak simati iaitu penyediaan tempat tinggal/pakaian/makan minum.
Jika kita
termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan
keturunan kita adik-beradik kita, suami kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.
Ambil
pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila
simati meninggalkan anak-anak yg belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan
wali sebelah simati menyediakan nafkah untuk anak simati. Kalu tidak diambil
peduli, menanggunglah di akhirat kelak.
Hukum
faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah
ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang dibawahnya, kenapa apabila tiada anak
lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah
memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak
yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si
anak yatim.
INGAT
YEA..! Dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru, shopping atau
melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab hak simati dan juga hak si anak yatim.
Wallahu'alam
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------