Cara mohon sijil faraid |
Apa yang kebanyakkan setiap waris perlu tahu tentang bagaimana nak dapatkan sijil faraid?
Apa itu sijil faraid?
Sijil Faraid adalah dokumen akuan pewarisan orang beragama Islam, yang menyatakan kesahihan ahli-ahli waris dan bahagian-bahagian yang diperoleh.
Permohonan Sijil Faraid hendaklah dibuat di mahkamah syariah kerana hanya mahkamah syariah yang berbidangkuasa untuk menentusahkan siapakah waris yang berhak kepada harta pusaka si mati dan berapakah nilaian pembahagian bagi waris tersebut.
Sijil Faraid diperlukan contohnya bagi kes-kes seperti berikut:
Pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian. Sijil Faraid diperlukan terlebih dahulu sebab dengan adanya Sijil Faraid barulah boleh ditentukan siapakah pemohon dan siapakah responden dalam permohonan harta sepencarian.
Waris ingin mengeluarkan harta alih si mati yang disimpan oleh institusi-institusi perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya. Sebagai alternatif kepada Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Faraid boleh digunakan oleh waris sebagai dokumen bagi mencairkan harta alih si mati yang dibekukan oleh institusi-institusi perbankan, Tabung Haji, amanah saham, dan sebagainya.
Waris ingin menjual harta tak alih si mati. Dalam hal ini, Sijil Faraid hendaklah diekshibitkan oleh pemohon (selalunya pentadbir) dalam permohonan perintah jualan di mahkamah tinggi.

Kesemua waris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid hendaklah menandatangani afidavit persetujuan bagi menyatakan persetujuan mereka bagi pemohon menjual harta tak alih si mati. Sekiranya ada waris yang tidak dapat dihubungi, maka ARB boleh mewakili waris yang hilang tersebut dan wang hasil jualan harta tak alih si mati akan disimpan oleh ARB sebagai pemegang amanah sehinggalah waris tersebut menuntutnya.
Walau bagaimanapun, Sijil Faraid tidak diperlukan sekiranya permohonan bicara pusaka dibuat di unit pusaka kecil di pejabat-pejabat tanah kerana unit pusaka kecil sudahpun mempunyai bidangkuasa dalam menentusahkan waris dan membuat pengiraan faraid.
Prosedur Permohonan Sijil Faraid
Permohonan sijil faraid boleh dibuat sendiri atau anda boleh melantik peguam syarie untuk membuat permohonan bagi pihak anda. Bagi anda yang tidak biasa dengan prosedur mahkamah, hal ini akan menjadi sukar kerana anda perlu menyediakan dokumen-dokumen mengikut tatacara mahkamah syariah dan akan melalui proses perbicaraan.
Secara ringkasnya, prosedur permohonan sijil faraid adalah sebagaimana berikut:

1) Menyediakan notis permohonan untuk mendapatkan sijil faraid;
2) Menyediakan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan sijil faraid tersebut;
3) Mengekshibitkan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian si mati, salinan surat nikah pasangan si mati, salinan sijil kelahiran anak-anak si mati, salinan sijil kematian bagi waris-waris fardhu si mati yang telah meninggal dunia lebih awal dari si mati, dan ain-lain dokumen yang sesuai sebagai lampiran kepada afidavit sokongan;
4) Memfailkan notis permohonan beserta afidavit sokongan dan ekshibit-ekshibit tersebut di mahkamah syariah tempat pemohon bermastautin;
5) Mahkamah syariah akan menghantar notis mengenai tarikh perbicaraan kepada pemohon;
6) Pemohon hadir dengan membawa salinan asal dokumen yang diekshibitkan;
7) Mahkamah akan menyoal siasat pemohon tentang waris-waris si mati bagi mengesahkan waris-waris yang layak mendapat harta pusaka simati;
8) Mahkamah akan menyoal siasat saksi-saksi bagi mengesahkan siasatan terhadap pemohon;
9) Setelah mahkamah berpuas hati, hakim syarie akan mengeluarkan perintah pengesahan waris dan pembahagiannya mengikut faraid (sijil faraid);
10) Setelah siap sijil faraid dimeterai, pemohon boleh mengambilnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah.
Artikel yang berkaitan: