Kebenaran Sebenar Tentang Wasiat, Hibah dan Takaful - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Kebenaran Sebenar Tentang Wasiat, Hibah dan Takaful

Wasiat, Hibah dan Takaful

Wasiat, Hibah dan Takaful adalah instrumen-instrumen perancangan harta pusaka. Ketiga-ketiga instrumen adalah saling lengkap melengkapi. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Setiap instrumen tersebut ada fungsi masing-masing dan ada rukunnya masing-masing.

Tujuan utama instrumen-instrumen tersebut bukanlah menolak hukum faraid. Faraid tetap faraid. Faraid sudah cukup cantik dan tidak perlu dipertikaikan kerana ia datang dari Allah SWT. Kalau niat kita ingin menggunakan instrumen wasiat, hibah dan takaful hibah untuk menolak faraid, ia adalah salah kerana kita cuba menidakkan hukum Allah SWT. Kalau benar itu niat kita dari awal, maka perlulah kita bertaubat dan mohon petunjuk dari Allah SWT. 

Segitiga kewangan

Wasiat, Hibah dan Takaful berfungsi sebagai pentadbiran manakala Faraid berfungsi sebagai pengagihan. Analogi mudah, ketiga2 instrumen itu ibarat polis yang memastikan undang-undang (pelaksana undang-undang), manakala faraid pula diumpamakan undang-undang trafik.

Fahamilah atau pelajarilah setiap fungsi instrumen perancangan pusaka, hukum faraid dan undang-undang pusaka. Jangan pandang remeh hal pengurusan harta pusaka, sikap sambil lewa kita boleh menyebabkan kita, waris-waris kita dan generasi kita akan termakan harta batil secara sedar atau tidak sedar selama berpuluh-puluh tahun. Nauzubillah....minta dijauhkan...

Jangan terlalu taksub mencari harta hingga terlupa merancang harta. Kelak harta itu bukan menjadi harta pusaka tetapi menjadi harta puaka. Wallahualam.....

“Tiada orang yang sayangkan seseorang itu kemudian tinggalkan orang yang disayang dalam keadaan susah dan menderita. Rancang kerana sayang.”
Back To Top