Falsafah Zakat: Fahamilah Isyarat Allah Wahai Mereka Yang Berada - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Falsafah Zakat: Fahamilah Isyarat Allah Wahai Mereka Yang Berada

Zakat salah satu rukun Islam

 Dalam hidup ini, ada isyarat tertentu daripada Allah yang perlu difahami dengan baik. Bagi orang-orang yang beriman, kita fahami bahawa seluruh kehidupan ini adalah di bawah takluk tadbir Sang Pencipta. Kita lahir tidak punya apa-apa, Allah jualah yang mengurniakan rezeki.


Dengan hikmah-Nya, ditentukan manusia ini mempunyai pelbagai status; kaya, miskin bahkan ada yang fakir. Setiap mereka perlu memahami fungsi masing-masing, agar kehidupan insan secara menyeluruh tetap berada di dalam keadaan baik walaupun memiliki perbezaan. Justeru, itulah syarat yang perlu difahami:


1) Apabila Allah memberikan kepada kita makanan, ia bertujuan agar kita dapat membantu mereka yang tidak punya makanan.


2) Apabila Allah memberikan kepada kita pakaian, ia bertujuan agar kita dapat membantu mereka yang tidak punya pakaian.


3) Apabila Allah memberikan kepada kita rumah yang indah serta cantik, ia bertujuan agar kita dapat membantu mereka tidak punya rumah dan tempat berteduh.


4) Apabila Allah memberikan kepada kita kesihatan yang baik, ia bertujuan agar kita dapat bantu mereka yang terlantar sakit.


5) Apabila Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada mereka yang berada, ia bertujuan agar mereka boleh pula membantu golongan yang tidak punya apa-apa.


Inilah mesej yang sangat jelas daripada Allah SWT. Namun, manusia sering tersilap menafsirkannya. Mereka lupa bahawa di dalam harta mereka ada hak orang lain yang perlu dikeluarkan. Dalam kesenangan, ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan terhadap masyarakat. Mungkin 'Spiderman' lebih faham erti tanggung jawab kerana itu dia selalu berpegang pada prinsip, "With the great power comes great resposibility." Bersama kuasa yang besar, datang tanggung jawab yang besar!


Hanya 2.5% sahaja


Zakat dan sedekah adalah kaedah terbaik untuk mengimbang keperluan hidup secara menyeluruh di kalangan manusia. Dengan berzakat, ia tidak akan memiskinkan golongan kaya, sebaliknya ia pasti dapat membela golongan fakir miskin!


Sekiranya kita ingin berzakat tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, periksalah balik usaha kita itu. Dikhuatiri ada cacat dan rosak di mana-mana sehingga menjadikan kita gagal berzakat.


Suluh kembali dengan petunjuk syarak terhadap usaha ikhtiar kita. Mungkin ada yang menyimpang, kerana itu ia payah menatijahkan kebaikan.


Natijah terbaik bagi usaha kita adalah keupayaan bersolat! Perhatikanlah bahawa di dalam al-Quran, istilah zakat adalah rukun Islam yang sering diungkapkan sekali dengan ungkapan solat. Kepatuhan terhadap perkara ini. Kepatuhan terhadap perkara ini akan memakmurkan diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.


Wallahualam...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Panduan Berzakat

BAHAGIANYA APABILA ZAKATMU DITERIMA ALLAH
Mari tambah ilmu berkaitan zakat. Semoga rezeki yang kita perolehi sentiasa diberkati dan diredhai Allah.

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya kamu membersihkan mereka dan menyucikan mereka, serta doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman untuk mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah At-Taubah, ayat 103)

Isi Kandungan:

Bab 1- Agensi Zakat bagi Pemberi, Penerima, Masyarakat, dan Sisa Harta yang dibayar Zakat

Bab 2- Harta dalam Islam

Bab 3- Zakat

Bab 4- Harta yang Wajib dizakatkan

Bab 5- Zakat Fitrah

Bab 6- Sedekah Sunnah



Back To Top