Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan |
Masih ramai pemilik kenderaan di Malaysia kurang arif
tentang perkara asas ni.
Ada tiga jenis perlindungan kenderaan insurans yang perlu
kita faham sebelum renew insurans. Bukan sekadar buat, dan ambil sikap cukup
sekadar tahu.
1. Comprehensive (1st party)
Dalam bahasa mudahnya perlindungan secara menyeluruh.
Sekiranya berlaku empat perkara ini, kecurian, kebakaran, kemalangan disebabkan
kecuaian anda atau kecuaian pihak lain. Pihak insurans akan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas kenderaan anda.
2. Third Party Fire & Theft (TPFT)
Perlindungan ini sama seperti 1st party tetapi bezanya jika
kemalangan disebabkan kecuaian anda sendiri, pihak insurans tidak akan
bertanggungjawab ke atas kenderaan anda, hanya kenderaan pihak ketiga sahaja
akan ditanggung oleh pihak insurans. Makna kata jika anda bersalah, kos baiki
kenderaan adalah dibawah tanggungan sendiri.
3. Third Party
Perlindungan atau 'term' paling 'famous' jika yang mahukan
harga paling murah tetapi bila masalah timbul, ini adalah igauan mimpi ngeri
yang pasti susah nak lupa. Basically, perlindungan ini hanya melindungi kenderaan
yang pihak ketiga sahaja. Hilang, terbakar, dan kemalangan disebabkan kecuaian
sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak Insurans.
Sebagai financial advisor, kami mahu anda faham yang perlindungan adalah perkara utama yang perlu diutamakan berbanding harga. Bayangkan jika pinjaman anda berbaki 30K, tetapi anda memilih untuk mengambil perlindungan third party dan kenderaan anda hilang di tempat parking. Situasi kedua, anda kemalangan disebabkan kecuaian sendiri, berlaku kemalangan dan kos untuk baiki menelan hampir 10K dan perlindungan yang anda ambil adalah third party fire & theft. Pasti tak tidur malam kan!
Berminat nak dapatkan sebut harga insurans kenderaan anda? Sila isi borang di bawah untuk perbandingan harga.