Siapa yang mentadbir pusaka anak? |
PUSAKA ANAK KECIL
Saya selalu sebut dalam kuliah perihal ayah mak yang buka akaun bank untuk anak dan bank in duit ke dalam akaun tersebut. Andai kata anak tu mati, apakah status duit dalam akaun itu. Bolehkan ayah atau mak ambil semula duit itu atas alasan duit itu asalnya duit dia.
Duit itu adalah duit anak sebab ayah dan mak pastinya menghadiahkan duit itu untuk anak. Maka ia jadi pusaka dan akan diwarisi oleh waris-waris anak. Siapa waris anak?
Dalam satu program baru-baru ini, seorang wanita menceritakan bahawa anak dia yang berumur 10 bulan meninggal, ada duit simpanan dalam Tabung Haji lebih kurang RM5k. Banyak dia menyimpan untuk anak dia. Soalan dia selepas memahami duit itu pusaka...siapa yang akan mewarisi duit itu dan berapa kadarnya?
Untuk menjawab soalan itu. Ada beberapa perkara yang perlu dikenalpasti terlebih dahulu iaitu...
Apakah simati anak tunggal?
Apakah simati ada adik beradik?
Jika ada adik beradik, berapa orang?
1. Jika simati anak tunggal, mak dia iaitu wanita yang simpan duit utk anaknya itu mendapat 1/3. Bakinya (Asobah) dgn kadar 2/3 utk ayah simati.
2. Jika simati ada 1 orang adik beradik, mak dan ayah dapat seumpama penerangan no 1 di atas.
3. Jika simati ada 2 orang adik beradik atau lebih, maka mak dia dapat 1/6. Baki (Asobah) untuk ayah dengan kadar lebih besar iaitu 5/6. Kenapa? Kerana ayah ada tanggungjawab lebih besar terhadap 2 lagi anaknya.
Soalnya...duit tu asal duit siapa?
Duit isteri kan?
Last siapa yang dapat lebih banyak?
Suami kan?
Maka isteri kena redhalah dengan Hukum Allah ini.
Atau mintaklah suami yang simpan duit untuk anak..bukan isteri.
Kredit to USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH, D.I.F
Bera, Pahang