Salah Faham Tentang Penama - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Salah Faham Tentang Penama

penamaan waris

PENAMA BUKAN PEMILIK
(Fahamkan betul-betul)

FAKTA KES
Ali meninggal dunia & tinggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki & 2 orang anak perempuan.

Ali dilindungi insuran hayat bernilai RM200,000 (Isteri sebagai penama)

Caruman KWSP serta dividennya RM400,000 (Anak Lelaki sebagai penama)

Simpanan Tabung Haji melalui potongan gaji bulanan RM100,000. (Anak Lelaki sebagai penama)

〽Pihak Insuran telah membayar pampasan RM200,000 terus ke akaun RHB Bank milik Isteri Ali.

〽KWSP & Tabung Haji masukkan RM500,000 ke dalam akaun Bank Islam milik Anak Lelaki Ali.

♦Isteri & Anak Lelaki Ali sangat teruja apabila akaun bank mereka berubah menjadi 6 digit (ratusan ribu). Sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam hidup selama ini. 

♦Isteri & Anak Lelaki Ali tidak menjalankan amanah sebagai Penama kepada sumber² tersebut dengan tidak mengagihkan mengikut prinsip pengurusan pusaka.

♦RM200,000 yang masuk ke RHB Isteri Ali bukannya miliknya seorang, haknya hanyalah RM25,000 sahaja. Baki RM175,000 adalah hak anak²nya.

♦RM500,000 yang masuk ke Bank Islam Anak Lelaki Ali juga bukan miliknya seorang, haknya hanyalah RM218,750. Baki RM281,250 adalah milik ibu & 2 orang adik perempuannya.

♦ Isteri & Anak Lelaki Ali telah menafikan hak 2 orang anak perempuan Ali. 

♦Isu MAKAN HARTA BATIL berlaku antara anak & ibu, abang & adik. Sedangkan sesama darah daging terdekat pun berlaku, apatah lagi saudara yang lebih jauh.

🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰
Masih ramai yang terkeliru dengan terma ‘Penama’ pada simpanan KWSP, Tabung Haji, Insurans/Takaful, Unit Trust & juga lain². Penama diperlukan bagi memastikan simpanan atau pelaburan dapat dicairkan dengan segera tanpa perlu melalui prosuder pusaka yang merumitkan. 

Dalam erti kata lain, penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta simati sama ada berbentuk pampasan takaful/insurans, simpanan KWSP & Tabung Haji. Penama bertanggungjawab mengagihkan harta² tersebut kepada waris simati mengikut hukum syarak.

Setiap penama perlu diingatkan tentang peranannya bagi mengelak daripada termakan harta yang bukan haknya. Jangan seperti 'kera kena belacan' pula apabila melihat akaun banknya tercatat RM yang menjangkau sehingga 7 digit. Ketika itu pasti kedengaran bisikan syaitan ke arah kemungkaran.

☝🏻Pastikan anda merancang untuk mengelak Waris anda daripada 'rosak' dengan harta peninggalan anda sendiri.

Silakan share ..

Baca: Realiti Penama KWSP
Back To Top