7 Sebab Mengapa Harta Pusaka Menjadi Harta Puaka
Urus harta anda sebelum meninggal dunia |
1) Ramai umat Islam tidak faham Konsep Pemilikan Harta dalam Islam
- Semua harta di dunia ini adalah milik Allah SWT
- Manusia hanya sebagai Pemegang Amanah
- Manusia akan disoal tentang harta yang dipegangnya; bagaimana diperolehi, bagaimana digunakan dan bagaimana diagihkan selepas ketiadaannya.
2) Pewaris (orang yang akan meninggalkan pusaka) tak faham Hukum Faraid
- Hukum Faraid adalah Hukum Allah SWT yang telah ditetapkan ke atas harta orang Islam apabila berlaku kematian ke atasnya.
- Hukum Faraid telah termaktub di dalam ayat 11, 12 dan 176 Surah An-Nisaa'.
3) Pewaris salah faham konsep Wasiat
Wasiat yang bercanggah dengan Hukum Faraid.
- Wasiat pesanan (selalunya secara lisan).
- 'Mengamanahkan' seseorang yang dipercayai untuk membuat pembahagian harta mengikut hasratnya yang jelas bercanggah dengan Hukum Faraid.
4) Pewaris membuat Hibah yang tidak cukup syarat
Hibah (Pemberian semasa hidup) yang tidak jelas atau tidak cukup syarat.
- Di dalam kes pemberian tanah, apabila terdapat hibah yang tidak tukar nama, kemungkinan besar pemberian tersebut akan dipertikaikan kerana bukan hanya pindahmilik tidak dilakukan, kawalan ke atas harta pun tidak dapat dibuktikan.
5) Pentadbir pusaka tidak amanah, tidak berkeupayaan atau tidak pro-aktif (tidak bersungguh)
Masalah yang berkaitan dengan Pentadbir Pusaka.
- Pentadbir Pusaka tidak amanah
- Pentadbir Pusaka tidak pro-aktif (tidak bersungguh)
- Pentadbir Pusaka tidak berkeupayaan
6) Waris (orang yang berhak menerima pusaka) tidak berkerjasama
Masalah yang berkaitan dengan waris.
- Waris terlalu sibuk
- Waris tidak mahu harta pusaka dijual
7) Penama (Wasi) yang tidak amanah atau tidak tahu Hukum/Fatwa Penama
Masalah dengan isu Penama
- Penama tidak faham Hukum Faraid
- Penama tidak amanah
- Penama tidak tahu tentang Fatwa Borang Penama.