Sum Covered Tu Tak Perlulah Tinggi Sangat, Bukan Saya Dapat Pun... - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Sum Covered Tu Tak Perlulah Tinggi Sangat, Bukan Saya Dapat Pun...

takaful hibah
Jom Hibahkan Takaful Anda Kepada Waris Anda.

"Pampasan kematian tu tak payah lah tinggi-tinggi. Bukan saya dapat pun. Dah mati nanti orang dok berebut harta saya"

Sebenarnya.. ramai yang tak sedar, bila diterangkan pun kurang kefahaman..

Meh admin nak share sikit.. admin share dengan penuh kasih sayang agar lebih ramai yang faham 🤗

Dalam sijil takaful hayat.. pampasan kematian bukan hanya dibayar bila orang yang dilindungi meninggal dunia. Di bawah benefit yang sama, pampasan juga akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi disahkan HILANG UPAYA KEKAL KESELURUHAN.

Kalau meninggal, pampasan tu boleh tolong bayar hutang piutang, boleh buat anak-anak meneruskan hidup, boleh buat sedekah ataupun boleh diguna pakai untuk kos pengurusan harta pusaka korang nanti. 

Kalau tak ada sangat sesapa nak dibagi duit tu, bagi kat admin ejen ni pun boleh 😂😂 ... ataupun boleh serahkan pada baitulmal..😇

Tapi...Kalau sakit terlantar tak mati-mati? 
Terkebil-kebil mata. Itu je yang mampu...

Jangan kata nak kerja... nak makan pun kene orang suap, nak buang air kena orang pakaikan pampers... macam mana? 

Itu lah pentingnya pampasan hilang upaya kekal keseluruhan. Nak beli pampers orang tua bukan murah. Nak beli susu khas, nak beli suppliment bagi tambah tenaga sebab tak lalu makan, nak beli katil orang sakit, macam-macamlah nak dibeli. 

Lepas tu kalau perlu bayar jururawat datang rumah. Orang yang jaga kita tu pun silap-silap kene berhenti kerja sebab nak jaga kita. 

Tinggi kosnya. Tapi income dah tak ada... mana nak dapat duit?

Melainkan kita berharta seperti Ismet Ghulam Raja..😄😁

Back To Top