Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd Melalui Perancang Harta Pusaka Islam Berdaftar.
Sudahkah kita cukup bersedia untuk meninggalkan dunia yang sementara dan hidup kekal di alam akhirat? Adakah kita mempunyai bekalan yang cukup untuk mengembara ke alam akhirat. Adakah kita telah menggunakan harta yang ada ke jalan Allah. Adakah kita tahu bila kita akan meninggal sebelum sempat menyalurkan kekayaan ke jalan Allah. Mengapa anda tidak berwasiat sekarang. Jangan menyesal dalam kubur dan akhirat - tiada guna lagi.
Artikel ini adalah panduan untuk Pewasiat membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.
as-Salihin Trustee Bhd adalah syarikat amanah yang ditubuhkan lebih 15 tahun. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam dan pentadbiran harta pusaka.
Selain perkhidmatan membuat wasiat, syarikat ini menyediakan khidmat membuat Perjanjian Deklarasi Harta Sepencarian, hibah, amanah wasiat, amanah hayat, amanah takaful/insurans serta pentadbiran harta pusaka.
A. PERTANYAAN
Pewasiat yang mahu membuat wasiat boleh menghubungi saya selaku Perancang Harta Puska Islam samada secara email atau mencatat dalam ruangan borang di bawah, mesej dan whatsapp kepada saya:
Mohd Syaihan Sirotin: 012 672 7957
B. MAKLUMAT PEWASIAT
1. Temujanji
Temujanji boleh dibuat di Lembah Kelang, di pejabat, di rumah pewasiat, di shopping mall, restoren dan sebagainya.
Perunding akan mendapatkan maklumat berikut semasa perbincangan santai:
2. Latar Belakang Pewasiat
Perunding akan mendapat maklumat berikut:
Kenalpasti siapa waris faraid pewasiat.
Ibu/bapa yang masih ada
- Anak-anak:
- Lelaki/perempuan
- Umur
- Anak istimewa
- Anak angkat
- Anak tiri.
Memahami keperluan pewasiat:
- Sarahidup pewasiat dan anak-anak
- Rawatan dan perubatan
- Persekolahan anak hingga ke universiti
- Pembahagian harta kepada isteri
- Pembahagian harta kepada anak angkat
- Sedekah kepada pusat tahfiz al-Quran/fakir miskin/anak yatim
- Hutang dunia dan akhirat
- Pengalaman waris dalam menguruskan harta pusaka
- Simpanan tunai pewasiat bagi mencairkan harta
C. PENGUMPULAN MAKLUMAT
Maklumat berikut boleh dibawa oleh Pewasiat semasa temujanji atau diemailkan kepada Perunding Harta.
Harta dan Simpanan
- Senarai properti (contoh: rumah dua tingkat, lot pertanian) dengan butir lot dan lokasi seperti yang terdapat dalam geran.
- Senarai pelaburan (contoh: ASB, Public Mutual)
- Senarai simpanan di bank-bank, Tabung Haji dan KWSP (tidak perlu nombor akaun)
Senarai Benefisiari
- Ibu-bapa (IC, alamat dan nombor telefon)
- Anak-anak (IC, alamat dan nombor telefon
- Isteri/suami (IC, alamat dan nombor telefon)
- Lain-lain benefisiari (anak angkat, adik beradik dll)
Cadangan Pembahagian harta
- Setiap harta di atas hendaklah dinyatakan kadar pembahagiannya. Contoh:
- KWSP: Isteri: 50%, Anak Pertama: 25%, Anak Ke-2: 25%
- Rumah Teres: Anak angkat 100%
- Saham ASB: Samarata kepada anak-anak
- KWSP: 50% kepada Pusat Tahfiz al-Quran, 50% kepada rumah anak yatim
C. DOKUMEN WASIAT
- Dalam masa 5 berhari bekerja as-Salihin Trustee Bhd akan menyediakan deraf wasiat.
- Deraf wasiat akan diemailkan kepada Pewasiat untuk semakan dan kelulusan.
- Dokumen wasiat akan dicetak untuk ditandatangani oleh pewasiat
- Pewasiat akan menandatangani wasiat di pejabat as-Salihin atau di rumah pewasiat atau di mana sahaja dengan dua orang saksi lelaki (yang bukan waris).
D. PENYERAHAN DOKUMEN WASIAT
- Dokumen asal wasiat akan disimpan di as-Salihin Trustee Bhd
- Salinan wasiat akan diserahkan kepada Pewasiat
- Pewasiat menjelaskan kos membuat wasiat
- Pewasiat akan dibekalkan dengan dua Kad Wasiat. Kad ini wajar diserahkan kepada dua waris terdekat dengan pesanan yang anda ada membuat wasiat dan hubungi as-Salihin bagi urusan pembahagian harta pusaka.
E. BUATKAN SESUATU HARI DEMI KELUARGA TERSAYANG
Hubungi kami segera untuk membuat wasiat demi keluarga yang tersayang. Jalan telah dibuka. Ajal tidak pernah memberi tahu apabila akan tiba. Keputusan hari boleh merUbah masa depan anda dan keluarga.
Mulakan perbincangan dan tiada paksaan anda membuat wasiat atau produk perkhidmatan yang lain. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat penerangan yang jelas mengenai produk yang ditawarkan oleh syarikat kami as-Salihin Trustee Bhd untuk keperluan akan datang.
Mulakan perbincangan dan tiada paksaan anda membuat wasiat atau produk perkhidmatan yang lain. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat penerangan yang jelas mengenai produk yang ditawarkan oleh syarikat kami as-Salihin Trustee Bhd untuk keperluan akan datang.
F. HUBUNGI WAKIL AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD
Sila hubungi saya bagi membuat wasiat atau dokumen perancangan harta pusaka.
MOHD SYAIHAN SIROTIN
Perancang Harta Pusaka Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 012 672 7957 (termasuk Whatsapp/Telegram)
Email: syaihan@gmail.com
atau
101-301, Blok A, Glomac Business Centre,
10, Jalan SS6/1,
Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan