Siapa Yang Digalakkan Membuat Hibah? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Siapa Yang Digalakkan Membuat Hibah?

Masyarakat keliru

Menurut Prof. Madya Dr Siti Mashitoh Mahamood (2006), hibah adalah digalakkan untuk dibuat oleh semua umat Islam termasuklah orang bukan Islam. 

Ini kerana pengurusan harta itu lebih senang untuk dilaksanakan dan diurus semasa mereka masih hidup lagi. Walau bagaimanapun, terdapat golongan-golongan yang sangat digalakkan untuk membuat hibah. Antara mereka yang digalakkan untuk membuat hibah ialah mereka yang mempunyai anak angkat. Ini kerana anak angkat tidak mendapat bahagian pusaka di bawah hukum faraid. Dengan adanya dokumen hibah maka anak angkat akan dapat memiliki harta. 


Selain itu, hibah juga digalakkan kepada suami yang ingin mewariskan harta kepada isterinya secara mutlak. Suami dapat membuktikan kasih sayang terhadap isterinya dengan membuat hibah. Dengan adanya dokumen hibah, isteri akan dapat memiliki harta dengan cepat dan dapat membantu isteri bagi menyara kehidupan dirinya dan anak-anaknya. 


Bagi ibu bapa yang ingin mewariskan harta kepada anak-anak mereka terutamanya kepada anak perempuan juga sangat digalakkan untuk membuat hibah. Ibubapa yang ingin membuat pembahagian harta selain daripada pembahagian menurut faraid atas sebab-sebab yang dibenarkan syarak, misalnya kesusahan hidup seseorang anaknya berbanding anak-anaknya yang lain, atau bagi tujuan pewarisan perniagaan, maka hibah ketika hidup boleh dilakukan. 


Bagi anak perempuan pula, bahagian pusaka yang diperuntukkan dalam faraid adalah sedikit berbanding bahagian anak lelaki. Maka dengan adanya hibah ini, anak perempuan akan dapat memiliki bahagian mereka sendiri.
Back To Top