Faraid dan Harta Pusaka; Apa Tanggungjawab Seorang Wali? - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Faraid dan Harta Pusaka; Apa Tanggungjawab Seorang Wali?


waris berebut harta

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. 

Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yg kematian suami, Abu (bukan nama sebenar).

1. Semasa hidup Abu orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur duit belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja bagus-bagus.

2. Rezeki anak-anak si Abu dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si Abu membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tapi tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan Abu  ada dalam 10k dalam bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Abu selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan Abu  untuk si isteri dan anak-anak tersayang.

5. Ditakdirkan si Abu meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung)..simati (Abu) meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati (Abu) dikebumikan, adik beradik simati (Abu) termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta-harta simati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, langsung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas, dalil-dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak-anak dengan jumlah yang sibalu dapat dan anak-anak simati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan sibalu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual oleh siwaris. Harapan simati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing2.

Walaupun berhak pada harta simati tapi kena tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul jangan ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri...ya tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita, adik-adik kita suami, kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila simati meninggalkan anak-anak yg belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yg kena menanggung orang-orang dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akan diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Back To Top