ANDA TIDAK PERLU BAYAR APA-APA PUN UNTUK PENGURUSAN HARTA PUSAKA
1. Betul ke ni? Ya, secara zahirnya memang waris tak perlu bayar apa-apa pun utk pengurusan harta pusaka. Anda masih tak percaya? Baca seterusnya.
2. Semua yuran & kos untuk pengurusan harta pusaka boleh ditolak drpd harta pusaka si mati (termasuk yuran & kos bagi pembayaran kepada peguam).
3. Begitu juga dgn yuran perlantikan ejen hartanah jika waris setuju utk menjual tanah/rumah pusaka dgn bantuan perkhidmatan ejen hartanah.
4. Segala kos-kos lain yg berkaitan spt tunggakan cukai tanah, tunggakan cukai pintu, dan lain-lain yg menjadi tanggungan si mati memanglah wajib ditolak drpd harta pusaka si mati. Ini dikira sebagai hutang si mati.
5. Sekiranya si mati tidak meninggalkan wang tunai & ada waris lain yg mendahulukan wang mereka bg bayaran tersebut di atas, maka waris tersebut berhak utk meminta supaya wangnya dikembalikan drpd harta pusaka si mati slps harta tak alih si mati dicairkan.
6. Perlu juga diingat bahawa harta pusaka si mati hendaklah juga ditolak bagi kos pengurusan jenazah, pembayaran hutang bg pihak si mati, tuntutan harta sepencarian (jika ada), & pelaksanaan wasiat si mati (jika ada).
7. Jumlah bersih drpd penolakan-penolakan di atas barulah dibahagikan kpd waris faraid sama ada secara muafakat, penolakan hak (jika ada), atau mengikut pengiraan faraid.
8. Jadi, memang betullah anda tak perlu bayar apa-apa pun untuk pengurusan harta pusaka.
9. Harta pusaka adalah seumpama rezeki yang datang bergolek. Itupun masih ada waris-waris yang malas nak urus harta pusaka.
10. Akhirnya, siapa yang rugi?
Credit to Tuan Peguam Ahmad Termizi