Q: Apakah kesan seseorang itu melengahkan penyediaan wasiat dan mati tanpa berwasiat?
A: Kesan yang mungkin timbul adalah seperti berikut:
- Waris bertelingkah tentang siapa yang patut mentadbir harta.
- Tiada siapa yang mahu mendahulukan wang pembayaran bagi pentadbiran harta pusaka.
- Kos guaman yang tinggi.
- Pertikaian tentang pembahagian harta dalam kalangan waris-waris.
- Penyelewangan harta oleh pentadbir yang melibatkan harta anak bawh umur atau harta anak yatim.
- Hak harta sepencarian bagi suami atau isteri si mati tidak kesampaian.
- Harta yang diletakkan di bawah nama pemegang amanah disembunyikan.
- Senarai harta tidak lengkap.
- Senarai waris tidak lengkap.
- Cukai pendapatan si mati diabaikan dan tidak dibayar
- Harta terbeku
- Hubungan silaturahim dalam kalangan waris renggang.
- Berlaku kes saman-menyaman dalam kalangan waris.
- Berlaku kes pilih kasih dalam kalangan waris.
- Berlaku kes konflik kepentingan (conflict of interest) bagi pentadbir.
- Harta pusaka dijual di bawah harga pasaran.
- Waris-waris tidak memberi kerjasama.
- Senarai penghutang dan pemiutang tidak lengkap.
- Nazar atau pesanan pewasiat secara lisan dipertikaikan.
- Kedudukan pewaris dan kuasa pentadbir dipertikaikan.
- Pembahagian harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP dan Tabung Haji dipertikaikan.
- Waris berpecah belah antara satu sama lain.
- Waris yang tidak tahu di mana dokumen penting seperti geran tanah disimpan.
- Zakat harta tidak ditunaikan.
- Harta dilelong oleh bank atau pihak berkuasa,.
- Kes pusaka melarat sehingga dua atau tiga generasi (pusaka berlapis).