Jutaan tiada insurans |
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans takaful,sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.
Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans takaful.
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans takaful hayat bukan insurans takaful kematian. Membeli insurans takaful bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!
Sebaliknya,membeli insurans takaful itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.
Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans takaful kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans takaful tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini, insurans takaful itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans takaful sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.
tahu dan sedar adalah 2 perkara berbeza |
Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans takaful' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.
Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans takaful kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans takaful.
Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?
Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans takaful utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!
Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans/takaful sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans/takaful.
Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak-anak, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans takaful dari sekarang?
Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?
Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa,sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.
Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans takaful merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.
Bukan sahaja insurans takaful dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.
Petikan artikel dari Ringgit & Sen (Siri Belajar Insurans)