Sediakan Biasiswa Untuk Anak Seawal Kelahirannya - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Sediakan Biasiswa Untuk Anak Seawal Kelahirannya

Ramai yang tahu, bila anak besar, nak masuk Universiti, mak dan ayah perlu menyediakan fund atau dana yang cukup untuk menampung segala macam kos pembelajaran anak-anak di pusat pengajian tinggi. Persoalannya, kenapa masih ramai lagi yang tak nampak perkara ini?

Saya ingin berkongsi, apa signifikannya kita sediakan biasiswa untuk anak kita lebih awal.

Ramai orang menganggap, kerajaan memberi bantuan pelajaran kepada student2 yang score dalam matapelajaran masing2. Tapi hakikatnya, adakah semua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan mereka, boleh terus layak untuk mendapat bantuan pinjaman pelajaran? Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa anak mereka boleh mendapatkan bantuan biasiswa daripada JPA, MARA dan sebagainya apabila nak masuk ke Universiti satu masa nanti. Tapi, hakikatnya pinjaman pelajaran PTPTN yang dikenakan interest 4%.
Akibatnya, habis je belajar, pelajar dah terbeban dengan bayaran balik pinjaman pelajaran (PTPTN) yang dikenakan interest (4%)....kalau loan tanpa interest boleh la tahan lagi. Ini siap kena interest.


Scholarship woes

Di sini saya ingin kongsikan keratan akhbar, simple tapi penuh dengan mesej yang ingin disampaikan.

Berdasarkan gambar di atas, kita boleh melihat, betapa ketat syarat2 untuk mendapatkan biasiswa khususnya JPA? Bukan setakat perlu cemerlang dalam bidang academic dan Ko-kurikulum sahaja, latar belakang sosio ekonomi pun di ambil kira, kemudian perlu menjalani interview terlebih dahulu, dan akhirnya baru tahu layak atau tak layak. Dalam paper, ada beberapa orang complaint, anak mereka dapat score dalam exam UPSR, PMR, SPM dan STPM, tapi tak dapat biasiswa, akhirnya tak jadi nak sambung belajar ke universiti. Bukankah itu satu penganiayaan kepada anak kita sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya, ada yang menyatakan.."Saya tak mampu untuk membuat simpanan pendidikan untuk anak saya...." . Tapi ditangan masih ada puntung rokok yang disedut. Bayangkan, ada ayah yang mampu untuk membeli rokok yang harga sekotak hampir RM 10. Tetapi tak mampu untuk simpankan duit untuk anak belajar.Kalau sehari RM 10 untuk sekotak rokok, sebulan, 30 hari dah RM 300. Bayangkan, 300 sebulan....untuk rokok mampu, untuk anak belajar tak mampu....akhirnya bila anak dapat masuk Universiti, baru kelam kabut nak cari duit untuk bayar yuran dan sebagainya. Kalau tak dapat, sanggup meminjam dan rasa2nya siapa yang akan beri pinjam?...Jangan harap pertolongan dari orang lain, kalau kita sendiri tak nak tolong diri kita.

Kalaulah anda diberi pilihan sekarang untuk menyimpan bagi tujuan anak anda...adakah anda memilih untuk bertindak, atau masih dengan tunggu dan lihat? Ingat, aset manusia yang paling berharga tetapi selalu disia-siakan oleh manusia sendiri adalah MASA. Masa terus berlalu.....kalau anda tidak bertindak..maknanya anda terkebelakang. Sebab masa terus berjalan ke hadapan tanpa menunggu kita.Fikir-fikirkan lah....

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui pelan pendidikan yang ditawarkan oleh syarikat kami, boleh lah berhubung dengan saya, Mohd Syaihan di 012-6727957 . Insyallah, kita boleh bincang dan saya akan share apa yang saya tahu dan apa yang saya dah buat, untuk kebaikan bersama.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Back To Top