Implikasi Satu Rumah Dua Nama. - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Implikasi Satu Rumah Dua Nama.


Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri. 

Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan. 

Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh. 

Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja. 

Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya. 


Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang. 

Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini. 

Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh. 

Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.

Semoga bermanfaat buat semua.


Suami isteri beli rumah bersama,
Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?
 

Related Post:

Back To Top