Beza Wasiat dengan Hibah - Nota Kewangan Islam

Info, tips dan khidmat nasihat Takaful, Harta Pusaka, Faraid & Kewangan Islam.


SESIAPA SAHAJA, DI MANA-MANA, PADA BILA-BILA MASA...

Beza Wasiat dengan Hibah

wasiat, hibah
Wasiat dan Hibah
WASIAT vs HIBAH

Ramai yang memahami wasiat itu mudah terbatal, banyak yang diburukkan tentang berwasiat dan rasa hibah adalah yang terbaik.

Mentaliti ini semakin melarat dan kritikal sehinggakan secara tidak langsung kita telah menyumbang 70 billion harta pusaka terbeku.

Ya betul hibah itu pemberian hadiah tidak boleh dibatalkan & terkeluar daripada faraid tetapi kita kena ingat bila kita beri hadiah kepada seseorang itu, harta itu adalah hak dia 100% tetapi bagaimana pula hutang piutang kita siapa yang nak bayarkan dan harta-harta yang tidak hibahkan siapa pula yang nak uruskan?

Hibahkan semua harta untuk orang tersayang tetapi bila kita meninggal dunia, kita yang akan menanggung hutang piutang kita di alam barzakh. Sadis!

Ramai juga yang terlepas pandang, jika harta tersebut telah di hibahkan, contohnya Si A hibahkan rumah pada Si B, tetapi Si B mati dahulu dari Si A, maka rumah tersebut sudah menjadi harta pusaka Si B. Waris faraid si B, ada hak menuntut bahagian mereka ke atas rumah tersebut. Akhirnya apa yang Si A dapat? Jika Si A mempunyai banyak rumah, ianya tiada masalah tetapi andaikata Si A hanya mempunyai sebuah rumah sahaja...anda rasa?

Kita kena paham apa itu hibah dan wasiat, kedua-duanya berbeza dan ada kebaikan.

Contoh situasi lagi,
Ali membuat hibah wang sebanyak 100k kepada isterinya dan berharap isterinya dapat membayar segala hutang piutang Ali. Sekarang isteri Ali dapat 100k adalah hibah (hadiah) daripada suami. Itu duit isteri, dia berhak nak gunakan duit itu untuk tujuan peribadi... yang tetap berhutang ialah Ali.

Wajib Bayar Hutang Walaupun Tuannya Sudah Mati

Orang yang mati syahid sekalipun tidak akan dapat masuk ke dalam syurga jika tidak membayar hutang.

Dari Muhammad bin Jahsyi r.a. berkata ia : Rasulullah saw pernah bersabda :
وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ رَجُلًا قُتِلَ فِـيْ سَبِيْلِ اللّٰـهِ ثُمَّ أُحْيِيَ ثُمَّ قُتِلَ ثُمَّ أُحْيِيَ ثُمَّ قُتِلَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ مَا دَخَلَ الْـجَنَّـةَ حَتَّىٰ يُقْضَى عَنْهُ دَيْنُهُ
artinya : "Demi Tuhan yang diriku di dalam genggaman-Nya andainya bahawa seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh lagi kemudian dihidupkan lagi kemudian terbunuh lagi sedangkan dia ada berhutang maka dia tidak akan masuk ke syurga sehingga dibayar hutangnya itu." (Hadith Nasaai & Al-Baghawi)

Jadi didalam wasiat kita boleh melantik wasi untuk menyelesaikan hutang piutang kita terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris.

Dan kena ingat juga kita bila kita meninggal dunia #amalan yang dibawa di akhirat nanti sedekah dan amal jariah kita 1/3 dari harta kita boleh diwakafkan atau diinfakkan kejalan ALLAH. Bahagian 1/3 ini, waris tidak boleh tentang.

Ada yang berangapan waris boleh menentang wasiat... bila waris menentang wasiat.. wasiat akan terbatal seluruhnya...

IANYA TIDAK BENAR SAMA SEKALI!

Waris tidak boleh halang keseluruhan wasiat itu, dia hanya boleh menuntut bahagian faraidnya sahaja. Wasiat tetap berjalan seperti biasa seperti perlantikan wasi, selesaikan hutang dunia & akhirat si mati, 1/3 saham akhirat, pengagihan baki harta, dan sebagainya.

Jadi kita kena faham terlebih dahulu apa itu wasiat dan hibah, baru senang untuk membuat perancangan yang lebih tepat.

WASIAT & HIBAH adalah pekara yang berbeza...

Pemberian HIBAH bukan untuk lari dari faraid...ia adalah pemberian hadiah secara kasih sayang tanpa mengharap sebarang balasan.

Sebaik-baiknya, untuk lebih penerangan yang lebih jelas, lebih baik berjumpa dengan orang yang pakar dalam industri perancangan harta pusaka. Bukan hanya mendengar cakap2 orang sahaja. Banyak informasi yang tidak tepat & salah akan kita dapat.

Nak banyak tips tentang harta pusaka?
Jom follow telegram Nota Warisan Pusaka & Kewangan Islam
https://t.me/notawarisanpusaka
 
Back To Top